JOM KENALI JENTERA HEBAT ALAM FLORA
Ada di antara kita mungkin masih belum mengenali apakah jentera yang
selalu digunakan untuk mengangkat sisa pepejal di rumah dan premis
perniagaan. Di Alam Flora terutama di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur
dan Pahang mungkin sudah biasa melihat jentera kami namun tidak secara
dekat. Dengan ini pihak Alam Flora akan memperkenalkkan jentera hebat
kami dalam operasi pembersihan dan sisa pepejal iaitu Kompaktor.
Suka tak Malaysia bersih dan bebas dari penyakit? Mesti sukakan...
Jentera hebat Alam Flora yang ini pula berfungsi dalam kerja-kerja
pembersihan longkang terbuka dan tertutup. Longkang bersih dan
terpelihara bebas dari takungan air yang boleh menternak nyamuk. Jentera
dengan kuasa pancutan air yang tinggi ini dinamakan High Pressure (HP)
Jetter. Lihat gambar gambar yang sertakan.
Siapa yang suka mengemas rumah dan berkebun? Mesti ada dikalangan
kita yang suka membersihkan kediaman mereka. Open Tipper inilah yang
diwujudkan oleh Alam Flora untuk menyelengara dan mengangkut sisa pukal
dan kebun.
Kalau tengok tepi jalan raya berpasir maka jentera hebat Alam Flora
ini akan membersihkannya. Mempunyai berus yang keras di bahagian bawah
memudahkan kerja-kerja operasi untuk membersihkan jalan.
Jentera hebat yang ini pula dinamakan Tailgate ianya berfungsi
mengangkut pekerja dan peralatan ke lokasi operasi. Jika terserempak
dengan pekerja kami jangan lupa lebarkan senyuman kepada mereka. Pasti
mereka membalasnya.
Vac All / Catch Basin berfungsi dalam kerja-kerja pembersihan
longkang terbuka dan tertutup. Kalau longkang tersumbat jentera inilah
yang menyedut melalui vacumnya. Hebat tak hebat... Batu dan segalanya
disedut melalui jentera ini. Kadangkala jentera Alam Flora tidak dapat
memasuki ruang jalan kerana ada kenderaan lain memakir di kawasan
kerja-kerja pembersihan. Jadi berilah ruang jentera hebat kami ini
melaksanakan tugasnya.
Comments
Post a Comment