MANUAL OPERASI - ALAM FLORA

Manual lengkap yang perlu dimiliki oleh setiap vendor di bawah Alam Flora. Dapatkan di premis kami.
SHAH ALAM - Pelancaran ‘Manual Operasi Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam’ ini adalah amat penting sebagai rujukan bagi menjalankan aktiviti perkhidmatan kutipan dan pengurusan pembersihan awam secara berkesan dan efektif. Ia juga bagi mengelakkan dan mengurangkan ketidakpatuhan KPI sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian konsesi.

Insha-Allah, kesemua kepatuhan yang termaktub dalam manual ini akan dapat dizahirkan dengan sebaik mungkin dengan adanya sistem pengurusan yang berkesan iaitu melalui pematuhan keperluan KPI, peraturan dan juga keperluan-keperluan operasi serta proses perkongsian maklumat dan ditambah pula dengan sesi sesi latihan yang berkesan dan berterusan.

Prosedur-prosedur kerja ini akan disampaikan kepada semua kakitangan kami dan juga kepada para vendor kami. Sesungguhnya, kami mempunyai tanggungjawab untuk memahami dan komited terhadap keperluan operasi ini.

Dipihak pengurusan Alam Flora pula, kita akan terus giat menjalankan program program dalaman bagi mempertingkatkan lagi pemahaman mengenai perlaksanaan sistem KPI dan klausa-klausa penting yang termaktub dalam manual operasi ini.

Jika diamati, manual ini sudah cukup bagi menyediakan satu panduan untuk memberikan yang terbaik dari segi mutu perkhidmatan kerana ia merangkumi aktiviti-aktiviti berkaitan seperti sistem kawalan kualiti, pengurursan sumber manusia, pengurusan aset dan kelengkapan, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja, pengurusan pusat aduan serta pelapuran.

Oleh itu saya menyeru kepada warga Alam Flora serta sahabat sahabat kontraktor yang dilantik, jadikanlah manual ini sebahagian panduan utama dalam norma norma pekerjaan seharian kita.

Adalah tidak dinafikan bahawa kita sedang memikul satu tanggungjawab serta amanat yang amat besar sekali.  Selain dari mematuhi KPI yang telah ditetapkan, apa yang penting juga adalah perlu wujud persefahaman di antara syarikat konsesi dan juga pihak PPSPPA. 

Kita perlulah mempunyai persefahaman serta semangat bekerjasama yang jitu agar matlamat serta aspirasi pihak kerajaan terhadap pengswastaan ini akan terlaksana dengan sebaik baiknya. 

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada seluruh warga kerja di bawah Alam Flora untuk terus melipatkan lagi usaha serta tenaga bagi menjaminkan matlamat kita ini berjaya. Ucapan setinggi terima kasih sekali lagi kepada pihak PPSPPA terutamanya kepada tetamu kehormat kita, Yang Berbahagia Datuk AB Rahim Md Noor, sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis pagi ini.


Comments

Popular Posts