JOM KENALI JENTERA HEBAT ALAM FLORA

Ada di antara kita mungkin masih belum mengenali apakah jentera yang selalu digunakan untuk mengangkat sisa pepejal di rumah dan premis perniagaan. Di Alam Flora terutama di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pahang mungkin sudah biasa melihat jentera kami namun tidak secara dekat. Dengan ini pihak Alam Flora akan memperkenalkkan jentera hebat kami dalam operasi pembersihan dan sisa pepejal iaitu Kompaktor.

Suka tak Malaysia bersih dan bebas dari penyakit? Mesti sukakan... Jentera hebat Alam Flora yang ini pula berfungsi dalam kerja-kerja pembersihan longkang terbuka dan tertutup. Longkang bersih dan terpelihara bebas dari takungan air yang boleh menternak nyamuk. Jentera dengan kuasa pancutan air yang tinggi ini dinamakan High Pressure (HP) Jetter. Lihat gambar gambar yang sertakan.

Siapa yang suka mengemas rumah dan berkebun? Mesti ada dikalangan kita yang suka membersihkan kediaman mereka. Open Tipper inilah yang diwujudkan oleh Alam Flora untuk menyelengara dan mengangkut sisa pukal dan kebun.

Kalau tengok tepi jalan raya berpasir maka jentera hebat Alam Flora ini akan membersihkannya. Mempunyai berus yang keras di bahagian bawah memudahkan kerja-kerja operasi untuk membersihkan jalan.

Jentera hebat yang ini pula dinamakan Tailgate ianya berfungsi mengangkut pekerja dan peralatan ke lokasi operasi. Jika terserempak dengan pekerja kami jangan lupa lebarkan senyuman kepada mereka. Pasti mereka membalasnya.

Vac All / Catch Basin berfungsi dalam kerja-kerja pembersihan longkang terbuka dan tertutup. Kalau longkang tersumbat jentera inilah yang menyedut melalui vacumnya. Hebat tak hebat... Batu dan segalanya disedut melalui jentera ini. Kadangkala jentera Alam Flora tidak dapat memasuki ruang jalan kerana ada kenderaan lain memakir di kawasan kerja-kerja pembersihan. Jadi berilah ruang jentera hebat kami ini melaksanakan tugasnya.

Comments

Popular Posts