TEMURAMAH EKSKLUSIF ADIK PAVITRA YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT 11A+ DALAM ...

Tahniah buat adik PAVITRA A/P CHINAPAH merupakan anak pekerja Alam Flora yang berjaya menjadi pelajar terbaik SPM di sekolahnya. Keputusan cemerlang tertinggi 11A+ membuka mata dan memberi semangat kepada adik-adik diluar sana.

Yang menarik, tidak pernah mengambil kelas tambahan dan sentiasa berusaha dan mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan. Faktor kekeluargaan juga salah satu faktor yang mendorong kejayaannya. Melihat bapa sebagai pemandu jentera operasi memberikan semangat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Doktor pakar kulit suatu hari nanti. 

Tahniah buat bapanya iaitu Chinapah kerana berjaya memberikan suntikan motivasi yang berguna sehingga Pavitra berjaya. Kami di Alam Flora merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah sekali lagi kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pengalaman yang bermakna kepada adik-adik di luar sana.

Comments

Popular Posts