Let's do it together... Earth Hour 2014

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.


Bumi memerlukan anda dan bersama kita menangani perubahan iklim. Kempen ini merupakan satu petunjuk positif menggambarkan tahap keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

EARTH HOUR bukan hanya membawa maksud bagi simbolik menutup lampu selama sejam dalam setahun itu sahaja. Ia sebenarnya satu usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang betapa seriusnya isu perubahan iklim dan kesannya ke atas manusia. Oleh itu, manusia perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kesan tersebut.

Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang baik, iaitu menggantikan semua lampu pijar yang digunakan pada masa ini dengan lampu yang cekap tenaga pada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, peranan ini juga perlu dilakukan oleh rakyat dan menyambut baik tentang cabaran dan perlaksanaannya terutama dalam sektor perusahaan bagi mengurangkan pelepasan karbon. Masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih penting supaya usaha ini dapat memberikan impak yang baik. Anda boleh bertukar kepada produk yang cekap tenaga, mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas polistrena, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, dan mengamalkan penggunaan berhemat. Amalkan konsep 3R bagi mengelakkan barangan yang perlu di sisih untuk dikurangkan, di guna semula atau di buang. Sudah pasti cabaran ini dapat mewujudkan implikasi yang berkesan.

Generasi pada masa ini beranggapan bahawa golongan generasi akan datang  lebih bernasib baik kerana mereka dapat menikmati kemudahan dan keselesaan yang dibawa oleh kemodenan teknologi dan sains. Namun begitu, sebenarnya mereka ini perlu memikul cabaran yang lebih besar pada masa depan, umpamanya masalah pemanasan global yang perlu mereka hadapi disebabkan oleh aktiviti manusia pada masa ini yang tidak bertanggungjawab.

Bertindaklah segera demi bumi kita, demi masyarakat kita, demi anak-anak kita dan demi diri kita sendiri. Berubahlah untuk menghentikan perubahan iklim yang semakin hari semakin runcing yang sebenarnya adalah berpunca daripada diri kita sendiri. 

Comments

Popular Posts