Majlis Perasmian Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora Sdn. Bhd

Ketibaan Datuk Ab Rahim Md Noor disambut baik oleh Exco Alam Flora.
 Sesi perasmian di pintu hadapan Pusat Khidmat Pelanggan di HQ Shah Alam.
 Melihat infografik dan carta aliran aduan pelanggan serta Floracare/Alamflora4U.

 Melawat dan melihat sistem yang digunakan ketika pengadu mengadu secara live.
Penyampaian cenderahati kepada Datuk Ab Rahim Md Noor diiringi oleh YBhg Datuk Mohamed Razeek bin Md Hussain Maricar, YBhg Dato' Mohamed Hazlan Mohamed Hussain dan CEO Alam Flora Tuan Haji Mohd Zain Hassan.

Pegawai yang bertugas di bahagian pusat khidmat pelanggan Alam Flora.

Majlis Perasmian Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora Sdn. Bhd di HQ Alam Flora Sdn Bhd telah dirasmikan oleh Datuk AB Rahim Md Noor pada 22 Ogos 2014. Majlis ringkas ini telah memberikan semangat baru buat warga kerja Alam Flora untuk memastikan setiap tugasan di lakukan dengan penuh efisyen dan mempunyai faktor 'WOW' dalam setiap lapangan tugas kata beliau.

Lawatan bermula pada jam 3 petang itu dimulakan dengan sesi soal jawab media, pembentangan tugasan dan perkongsian maklumat bagi memantapkan sistem dan pengurusan. Selain daripada itu Datuk Ab Rahim Noor juga merasmikan pusat khidmat pelanggan dan melihat sendiri bagaimana pegawai kami beroperasi dengan menggunakan teknologi canggih.

Selain mencuba perisian yang digunakan dan sistem khidmat pelanggan, beliau juga teruja dengan sistem kerja Alam Flora. Mudah mudahan lawatan ringkas ini memberikan kami semangat untuk membuat yang terbaik khusus kepada pelanggan-pelanggan kami yang tersayang.


Comments

Popular Posts