ALAM FLORA NATURE CAMP 2014 - FRAGMEN 1

PROGRAM NATURE CAMP ALAM FLORA  2014 MEMBERI IMPAK BESAR DALAM MENGHARGAI KEHIDUPAN.

Tahniah kepada 40 orang anak-anak kakitangan Alam Flora dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang, yang berusia diantara 13 hingga 17 tahun kerana telah berjaya menjalankan program di Tanah Aina Fahad.

Alam Flora mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada YBhg. Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Agil serta Sara dan fasilitator-fasilitator, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada anak-anak Alam flora sepanjang 3 hari. Mudah-mudahan program seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Insya-ALLAH.

Terima kasih juga kepada perwakilan media seperti Berita Harian, NST, NTV7, Kosmo, dan TV Al-Hijrah yang bersama-sama menyertai program ini. Kami amat berterima kasih dan menghargai kehadiran dan penyertaan anda.

Kami berharap program ini mampu meningkatkan jati diri anak-anak serta ilmu pengetahuan yang dipelajari dapat diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.

Di sini mereka dapat mempelajari cara-cara mengekalkan habitat semulajadi dengan mengamalkan 3R(Reduce, Reuse, Recycle) dengan cara mengkompos sisa-sisa makanan serta berjimat cermat dalam penggunaan elektrik dan air.

Program ini juga turut memberi ruang kepada peserta mencetuskan idea kreatif dan inovatif melalui pertandingan reka cipta 'WASTE IS AMAZE' rekaan fesyen 3R. Seterusnya menjalani program komuniti dengan mengecat rumah dan membersihkan perkarangan rumah salah seorang penduduk kampung yang kurang bernasib baik di Kampung Pamah Rawas.

Pengalaman yang berharga ini seharusnya kita jadikan sebagai perisai dalam menghadapi cabaran mendatang. Pengalaman bermalam di hutan, meranduk sungai dan melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan membantu melahirkan insan yang serba boleh dan hidup bermasyarakat.

Akhir kata, terima kasih menyertai program ini dan jumpa lagi di lain program yang lebih menyengat.

Comments

Popular Posts