Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015 di Sambut Meriah

Hari Kitar Semula Kebangsaan di sambut baik dari penduduk berdekatan di Taman Tasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Lebih 1000 orang bersama-sama menyahut saranan kerajaan supaya meningkatkan amalan kitar semula. Kesedaran ini sememangnya jelas dilihat apabila penglibatan anak-anak muda bersama aktiviti ini semakin hari semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Penganjuran yang baik dari KPKT, JPSPN dan SWCORP ini memberikan suntikan dan semangat baru buat setiap konsesi agar mempromosi serta aktif menjalankan aktiviti kitar semula.
Tarikh: Sabtu, 12 Disember 2015
Program : Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2015
Tempat: Taman Tasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur.
Masa: 7.30 pagi – 1.30 petang
VVIP : YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg Datuk Hj Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBrs Encik Mohd Rosli bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Berikut beberapa perkongsian paparan imej untuk anda.

Sumbangan Alam Flora kepada NGO: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)

Sumbangan daripada syarikat konsesi yang terdiri daripada Alam Flora, SWM dan E-Idaman kepada NGO terpilih.
Gimik pelancaran perasmian Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut serta bermain dengan permainan 3R yang direka khas oleh Alam Flora untuk orang ramai.


YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melawat ke booth Alam Flora.

Comments

Popular Posts