80 ORANG PENGHUNI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-NASUHA BAKAL BERAYA TANPA KEDIAMAN.

80 ORANG PENGHUNI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-NASUHA BAKAL BERAYA TANPA KEDIAMAN.


Beberapa hari yang lepas team Alam Flora telah melawat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Kampung Changkat Batu Cave, Selangor.

Sayu pula hati ini bila melihat wajah-wajah generasi hadapan seolah-olah menginginkan satu harapan yang amat besar dari kami. Apabila memandang ke dalam anak mata pada setiap penghuni di sini. Bergenang air mata kami kerana kami merasakan jika anak-anak kami berada di sini bagaimana pula mereka ingin menyambung kehidupan mereka tanpa ayah dan ibu.

Bagaikan ada yang terkunci di mulut mereka ingin menceritakan apa yang dirasa dan ingin berkongsi pengalaman masing-masing. Namun, mereka belajar bertabah dengan adanya bimbingan pendidik menjadikan diri mereka menjadi seorang yang berdisiplin, sabar dan tidak meinta-minta. Tidak pernah pun terkeluar dari mulut anak-anak ini menginginkan keperluan itu dan ini tetapi dari naluri yang melihat, kami sudah mengetahuinya. Jika kami berkemampuan sudah pasti kami akan berkongsikan apa yang kami miliki. Tambahan pula tiba dibulan Ramadhan, orang lain sibuk dengan makan makanan yang bermewah-mewah sedangkan mereka menerima apa sahaja rezeki yang diperolehi.

Apabila menerima sumbangan dari kami anak-anak kecil menadah tangan tanda kesyukuran. Mangalir air mata wartaweb apabila melihat situasi itu. Menyebabkan wartaweb berfikir sejenak merenung anak-anak wartaweb yang ditaburkan kemewahan. Namun, dimanakah kesyukurannya...

Apakan daya kami di Alam Flora dengan sumbangan yang seadanya ini dapat menampung kehidupan mereka pada masa akan datang.

Apabila menerima berita bahawa mereka memerlukan dana sekurang-kurangnya RM400,000.000 sebelum 12 jun 2016 ini. Lagi hati kami bertambah hiba kerana nilai itu amat besar dan bertujuan untuk melunaskan kepada tuan tanah berkenaan. Jika tidak, seramai 80 orang anak yatim, miskin itu akan dikeluarkan dari premis berkenaan. YA ALLAH, Hanya ALLAH sahaja yang tahu di setiap hati anak-anak itu betapa hidup mereka dalam keadaan tertekan tambahan di bulan puasa dan Hari Raya yang bakal tiba nanti. Mungkin di sinilah bantuan dan peranan kita untuk membantu kepada yang memerlukan. AYUH UMAT ISLAM kita bersama-sama membantu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha ini dan kami percaya UMAT ISLAM DI MALAYSIA ini mampu mengubahnya!!!

Untuk pengetahuan umum, Pertubuhan kebajikan anak-anak yatim Al-Nasuha adalah sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan dan memberikan perlindungan, bimbingan serta pendidikan kepada anak yatim, anak fakir miskin, anak-anak yang tiada tempat bergantung dan remaja bermasalah.

Pertubuhan ini dikendalikan oleh 15 orang kakitangan yang bekerja sepenuh masa. Pertubuhan ini tidak menerima sebarang penajaan dan sumbangan dana yang tetap. Segala kos operasi dibiayai oleh orang ramai (wakaf/sedekah) dimana aliran wang yang masuk adalah tidak menentu.

Cuba bayangkan dari sudut pakaian, pendidikan dan keperluan lain yang perlu ditanggung setiap bulan sedangkan tiada bantuan tetap daripada mana-mana organisasi atau badan-badan tertentu.

Jika ada rezeki dan mana-mana badan organisasi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan bantuan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha.

Maybank Berhad, No Akaun:
564829000530

Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, Off Berjaya 6, Kampung Changkat 68100 Batu Cave, Selangor.
Hubungi Puan Fatmah husin (Umi): 017-9354323 / 014-2667665
Shafi Helmi: 017 2895497 | Tengku Faiz: 017-2781394
Ahmad: 014-6227683

"Riwayat At-Tarmizi Rasulullah S.A.W bersabda:
Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah SWT memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat yang diampun"

Iklas Wartaweb Alam Flora

Comments

Popular Posts