SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA




Dato' Hj. Mohd Zain Hj. Zain Hassan
Saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang dicintai. Dataran Merdeka adalah merupakan lokasi yang sudah tentunya menjadi tempat tumpuan orang ramai di mana ia adalah tempat berlakunya sambutan hari merdeka dilaksanakan. 


Seperti biasa Alam Flora akan bertugas iaitu di malam ambang merdeka bermula dari pukul 5.00 petang sehingga keesokkan paginya sehingga pukul 5.00 pagi. Pada pukul 6.00 pagi, program seterusnya iaitu program perarakan dan pertunjukan akan diadakan dengan kawasan yang bersih. Saya ingin menasihatkan orang ramai, supaya sambutan hari perayaan ini jagalah persekitaran dan pastikan janganlah membuang sisa/sampah merata-rata. Negara kita merupakan negara yang suka dilawati oleh pelancung luar negara. Buktikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia benar-benar menjaga Alam sekitar dan mencintai negaranya dengan sepenuh hati dan minda.
Hari merdeka adalah merupakan hari yang sangat penting dalam negara dan diri kita. Libatkan aktiviti yang positif kepada anak-anak dan keluarga. Marilah kita membawa anak-anak kita ke tempat yang bersejarah supaya kita memahami dan mengetahui bagaimanakah kemerdekaan negara tercipta. Ianya bermula daripada perjuangan orang-orang terdahulu. Tiada perjuangan mereka, tiadalah kemerdekaan yang kita hadapi hari ini.

Comments

Popular Posts