Apabila hujan lebat, kami tetap juga bekerja.

Apabila hujan lebat, kami tetap juga bekerja. Bagi memantau keadaan semasa musim hujan dan mengelakkan banjir kilat berterusan yang boleh menyusahkan orang ramai dan pengguna jalan raya, Alam Flora telah mengenal pasti lokasi 'flash flood'. 

Terdapat dua tindakan sebelum dan semasa hujan iaitu:

1. SEBELUM HUJAN
Menjadualkan pemantauan dengan jentera vacum sentiasa di lokasi 'flash flood' yang dikenal pasti. 

2. SEMASA HUJAN
Menempatkan pekerja bagi memantau lokasi dan keadaan aliran air agar sisa 'littering' yang dibuang merata-rata, tidak tersumbat di parit serta memantau kenaikan air setiap masa.

3. SELEPAS HUJAN
Kerja-kerja pembersihan dan juga memantau semula dikawasan lubang air dan longkang.

4. KERJASAMA
Bekerja sama dan memberi maklumat kepada bilik gerakan banjir DBKL.

Gambar di bawah ialah kejadian sekarang dan pekerja sedang memantau di Jalan Pantai, Bangsar Kuala Lumpur.

Kami akan terus berusaha dalam musim tengkujuh ini bersama sahabat DBKL.




Comments

Popular Posts