FAMILY DAY AFSB PSA3 & PSA 4 MERIAH!



Pada 26hb Mac 2017 (Ahad) telah berlangsungnya program Family Day AFSB & DHES 2017 - PSA3 & PSA4. Buat pertama kalinya program ini diadakan di The ACACIA Resort, Bentong, Pahang. 
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Mohd Zain Bin Hj Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora dan diiringi barisan Exco yang lain serta Pengurus Negeri Pahang, Pengurus-Pengurus Kawasan Perkhidmatan PSA3 & PSA4 dan wakil Kesatuan Pekerja.
Bermula dengan gimik ketibaan YBhg Dato' Hj. Mohd Zain Hj Hassan bersama isteri dan Encik Darwishah Osman bersama isteri menaiki ATV. Gamat suasana sebentar apabila YBhg dato' berjaya memanah tepat belon sebagai gimik perasmian.
Pelbagai acara-acara menarik diadakan seperti permainan ting-ting, baling tin, congkak, melastik, gasing, berenang bersama buluh, berlari menggunakan terompah tempurung kelapa dan lain-lain. Disamping itu juga acara diserikan dengan pertandingan karaoke yang diadakan sepanjang program berlangsung.
Manakala untuk aktiviti kanak-kanak pula adalah pertandingan mewarna, mencari gula-gula dalam tepung dan lain-lain lagi. Semoga program Family Day 2017 yang telah berlangsung ini dapat memberi kegembiraan serta kepuasan untuk semua orang yang hadir.

Comments

Popular Posts