Sejarah telah tercipta di antara Alam Flora Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan di Majlis Penyerahan Rasmi Tong Sampah & Peralatan Kebersihan.

Pada hari ini tanggal 2 Julai 2014 bersamaan 4 Ramadhan 1435H, satu sejarah telah tercipta di antara Alam Flora Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Bharu iaitu Majlis Penyerahan Rasmi Tong Sampah & Peralatan Kebersihan. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP MPKB-BRI iaitu Yang Berusaha Tn. Haji Adnan Bin Hussin, Yang Berbahagia Datuk Afandi Bin Hamzah selaku Pengarah PPSPPA Negeri Kelantan,Yang Berusaha Tn. Haji Mat Seman Bin Mohd Noor iaitu Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Seni Taman MPKB serta En. Darwishah Bin Osman selaku GMO Alam Flora Sdn Bhd. Ucapan setinggi terima kasih kepada pihak MPKB-BRI kerana memberi ruang dan peluang kepada Alam Flora Sdn Bhd untuk menabur bakti seupaya yang mungkin terutamanya di bulan mulia, bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.

Comments

Popular Posts