Pelancaran Akta 672 di Dataran Dara, Muadzam Shah, Pahang

MAJLIS PELANCARAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (AKTA 672) KAWASAN PERKHIDMATAN PAHANG TENGGARA telah berlangsung dengan penuh bermakna buat keseluruhan masyarakat Muadzam Shah terutama Alam Flora dan juga kontraktor untuk menggalas tugas demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Majlis ringkas dengan penuh meriah itu dirasmikan oleh Datuk Maznah wakil kepada YB. DATO’ HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL (EXCO Perumahan Dan Perbandaran Negeri)

Antara aktiviti menarik adalah pameran 3R, program LIKE FACEBOOK Alam Flora, Majlis penyerahan tong, Penyerahan Buku Manual Operasi bersama kontraktor dan Mata Hati Walk.

Turut hadir warga kerja Alam Flora, pegawai PPSPPA, wakil-wakil kontraktor dan juga jemputan khas. Moga Majlis sebegini dapat memberikan impak luar biasa bagi masyarakat Muadzam Shah, Pahang.

Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Dataran Dara, Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Comments

Popular Posts