TAHUKAH ANDA? Berapa lama sesuatu benda itu akan hancur/mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah?

Tahukah anda?
Berapa lama sesuatu benda itu akan hancur/mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah?

Berikut terdapat beberapa contoh bahan dan jangkamasa bahan tersebut mereput secara semulajadi.
Tisu Tandas - 2-4 minggu
Beg kertas - 1 bulan
Suratkhabar - 1.5 bulan
Kertas Kadboard - 2 bulan
Sarung tangan kain - 3 bulan
Papan Plywood - 1-3 tahun
Stokin bulu - 1-5 tahun
Kotak minuman - 5 tahun
Puntung rokok - 10-12 tahun
Kasut kulit - 25-40 tahun
Bekas tin - 50 tahun
Kasut but getah - 50-80 tahun
Bekas simpanan dari plastik - 50-80 tahun
Tin minuman aluminium - 200-500 tahun
Botol plastik - 450 tahun
Lampin pakai buang - 550 tahun
Beg plastik - 200-1000 tahun
Kaca - Anggaran 1-2 juta tahun


Lihatlah jangkamasa yang diambil...
Fakta yang sungguh menakutkan! Tidak mustahil suatu hari nanti dunia dipenuhi dengan timbunan sampah.

Berikut terdapat beberapa idea kreatif yang dapat anda aplikasikan untuk aktiviti kitar semula. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan timbunan sampah dilandfill malah anda mungkin juga dapat menjana pendapatan darinya.
Jom bersama kita kitar semula!

Comments

Popular Posts