TRANSFORMASI BANDAR PEKAN KE ARAH BANDAR BERSIH



Pada 24 Mei 2015 yang lalu, telah berlangsung program Transformasi Pekan Ke Arah Bandar Bersih sempena Jelajah Mata Hati SWCorp bertempat di Riverfront Bandar Pekan, Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri. Alam Flora selaku syarikat konsesi yang menyelia dan menyelenggara pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi negeri Pahang turut serta dalam program ini. Pada majlis ini juga, vest khas telah disarungkan kepada CEO Alam Flora serta beberapa orang wakil crew operasi Alam Flora yang tertera "Orang PEKA Tak Buang Sampah Merata-Rata". Selain itu juga, aktiviti litter picking dijalankan dan diakhiri dengan memotong riben bagi merasmikan papan tanda "Buang Sampah Di Tempat Yang Sepatutnya". Berhampiran booth-booth pameran, aktiviti menanam pokok dijalankan selain lawatan ke setiap booth oleh para VIP.

Comments

Popular Posts