KHASIAT BUAH LABU

RENUNGAN RAUDHAH 

Anas Bin Malik Berkata:
Rasulullah SAW menggemari buah labu.
Apabila dibawakan makanan ataupun mendapat undangan,
aku akan mengikut beliau dan menghidangkan makanan itu
(labu) di hadapan beliau sebab aku tahu beliau menyukainya.
(Direkodkan oleh Tirmizi & Ahmad)
*Mesti ada hikmah disebalik buah labu? Fikir-fikirkan...


KHASIAT BUAH LABU

1. Vitamin A
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri.
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida.
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam.
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru.
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.
Wallahu'alam.


Comments

Popular Posts