NTV 7 - PEMBUKAAN PEJABAT OPERASI

Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Jalan Bunus 6 ini, adalah pusat yang pertama di bina oleh Alam Flora yang menggunakan kabin-kabin lama sebagai bahan asas, secara bertingkat.

Selain ia menggunakan bahan yang diguna pakai, ia juga dapat memaksimumkan penggunaan tapak yang sedia ada terutamanya di kawasan seperti di Masjid India ini yang sememangnya amat mencabar sekali untuk mencari tapak yang kosong.

Bagaimanapun, ucapan setinggi terima kasih kami kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kerana sudi menyediakan tapak ini bagi memudahkan pihak operasi kami menjalankan kerja kerja pembersihan mereka.

Selain itu, premis ini juga menyediakan pusat belian barangan kitar semula bagi mereka yang berada di kawasan komersial yang terkenal sebagai syurga membeli-belah yang terkemuka di ibu negara serta pasar malamnya yang dikunjungi beribu pengunjung setiap malam Ahad.

Pusat sehenti atau ‘one-stop centre’ belian barangan kitar semula ini sengaja di bina berdekatan dengan premis perniagaan kerana kami mendapati golongan peniaga merupakan penyumbang serta pengeluar utama sampah-sampah yang boleh di kitar semula seperti kertas dan kotak kotak bungkusan barangan serta pelbagai jenis barangan plastik.

Selain itu, pihak kami juga adalah sebahagian daripada Alam Alliance, yang mengumpul bahan bahan e-waste di sekitar Kuala Lumpur. Dengan terdapatnya beratus ratus kedai eletrik serta komputer dan juga telefon bimbit dikawasan Kuala Lumpur, kehadiran pusat ini akan dapat membantu mereka yang ingin melupuskan bahan bahan ini.

Pusat sehenti belian barangan kitar semula ini di buka pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Ini adalah jadual peringkat permulaan pembukaan sahaja. Sekiranya terdapat sambutan yang baik, maka, pihak kami tidak akan berkeberatan untuk membuka lebih kerap dan memanjangkan waktu pungutan.

Pembukaan tiga lagi bakal pusat yang lain seperti di Jalan Bonus ini, secara berperingkat iaitu di Kampung Baru, Jalan Yew Off Jalan Tun Razak dan Jalan Tiong Nam 3 di Chow Kit. Insha-Allah kesemua projek ini bakal siap pada penghujung tahun ini.

Jutaan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana sokongan mereka dalam membantu menjayakan projek 3R ini. Bagi kami di Alam Flora, kami akan pegang amanah ini dengan sebaik mungkin dan akan pastikan kejayaannnya.

Dunia ini kita cuma pinjam daripada anak anak kita sahaja dan bukan diwarisi daripada ibu bapa kita. Kita berilah kepada mereka dunia ini dalam keadaan yang baik dan bukannya penuh bencana.

#asingkan
#kpkt
#jpspn
#swcorp
#alamflorasdnbhd




#abdulrahmandahlan

Comments

Popular Posts