Program Anak-anak Cemerlang dan Ibu Bapa Sebagai Inspirer bersama Dato. Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Pada 28 Ogos 2016, Ahad telah berlangsung Program Anak-anak Cemerlang dan Ibu Bapa sebagai Inspirer bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam. Program ini dikendalikan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau merupakan  Presiden/Perunding Utama DMFK Inspiration Sdn. Bhd. Program ini terbuka untuk semua pekerja Alam Flora yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM. Program ini bukan sahaja untuk anak-anak tetapi untuk ibu bapa kerana ibu bapa adalah sumber inspirasi untuk kejayaan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberi contoh dan teladan yang baik untuk anak-anak contohi.



Program telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan ibu bapa dan sarapan pagi. Pada 8.00 pagi bermulalah program Anak-anak Cemerlang dan Ibu Bapa sebagai Inspirer. Bacaan doa dipimpin oleh Saudara Muhammad Izuddin dan ucapan aluan daripada En. Sahrani Bin Kasim, Timbalan Pengurus Besar Modal Insan Alam Flora Sdn. Bhd. Pada pukul 9.00 slot pertama bersama YBhg. Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah tentang 'Mengenal Diri Pelajar Juara' di dalam slot itu beliau telah menerangkan 7 kaedah mengenal personaliti diri yang sebenar, transformasi diri dan rutin harian pelajar juara. Slot pertama habis pada pukul 10.30 pagi untuk minum pagi.










Slot kedua pula menyentuh tentang 'Anjakan Paradigma Pelajar Juara'. Di dalam  slot ini beliau telah menerangkan bagaimana cara mengetuk minda ke arah kecemerlangan dan bagaimana cara mengatasi  masalah dan cabaran pelajar untuk menjadi pelajar juara. 





Apa yang menarik program kali ini adalah penglibatan ibu bapa turut serta dalam memacu kejayaan anak-anak. Jadi, pada pukul 2.30 petang slot bersama ibu bapa tentang Ibu Bapa sebagai Inspirer diteruskan. Sambutan ibu bapa sangat memberangsangkan malah memberikan komitmen yang sangat baik. Antara pengisian yang boleh diperolehi daripada program ini adalah ibu bapa dapat mengenal diri dan memahami peranan sebagai ibu bapa,  'Hijrah Ibu Bapa Sebagai Asas Pembangunan Diri Anak-anak Cemerlang'. Di dalam slot ini beliau telah menerangkan tentang undang-undang minda dan transformasi diri dan 15 tindakan dan amalan jika anak bermasalah. Wow! sangat teruja bila mendengar hujahan setiap hujahan yang dibentangkan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah. 







Acara penutup diperkemaskan dengan aktiviti penyampaian sijil kepada peserta dan juga ibu bapa oleh YBhg. Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. dan juga sesi bergambar bersama YBhg. Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan peserta serta ibu bapa. Majlis diakhiri dengan minum petang.







Comments

Popular Posts