Sambutan Amat Baik Program Kick-Off integrated-Systematic Depot Management di Sg. Karang, Kuantan.

"Depoh kita rumah kita, Depoh kita tanggungjawab kita"


Lafaz ikrar pekerja oleh Wakil Penyelia

YBhg. Dato' Mohamad Bin Saif@Saib sedang bersalaman dengan pekerja



Roll-Call menjadi acara pembuka tirai setiap pagi bagi pekerja Alam Flora

Alhamdulillah kita telah melaksanakan satu lagi insiatif penting bagi syarikat kita iaitu Alam Flora Sdn. Bhd. di mana kita telah melaksanakan satu program integrated-Systematic Depot Management (i-SDM).

Alam Flora sebuah syarikat yang memberi perkidmatan kepada orang ramai, sudah tentu mempunyai banyak kenderaan, peralatan, dan juga mesin yang kita gunakan untuk membersihkan kawasan sebab itulah mesin-mesin ini disimpan di dalam Depoh. Tetapi malangnya, apabila Depoh ini tidak diselenggara dengan baik sudah tentu dari segi keselamatan, kesihatan, kesejahteraan Depoh dan cara kerja tidak akan sempurna. 


YBhg. Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan selfie bersama dengan para pekerja

 YBhg. Dato' Hj Mohd Zain melawat booth SHE


YBhg. Dato' Hj Mohd Zain melihat cadangan baju baru untuk pekerja operasi  
                               
 YBhg. Dato' Hj Mohd Zain melawat booth Admin

Selalu orang berkata sesuatu yang hendak dibuat itu bermula dari rumah. Alam Flora tidak boleh membersihkan kawasan luar tanpa membersihkan rumah sendiri. Dengan itu, program ini amat penting di mana 'Depoh kita rumah kita', Depoh kita tanggungjawab kita jadi Depoh ini mestilah dilaksanakan dengan program-program seperti 5S, penyelenggaraan autonomi, pembersihan berkala dan juga kawasan ini patut menjadi sejahtera dan menjadi tempat yang memudahkan untuk kita mengambil barang dengan konsep sistem yang tersusun dan teratur. 

Program ini pada masa yang sama akan membuka minda semua pegawai dan juga pekerja Alam Flora bahawa Depoh ini bukan hanya dijaga oleh orang yang melaksanakan penyelenggaraan sahaja tetapi Depoh ini adalah rumah kita dan perlu dijaga oleh semua pekerja Alam Flora  dari pelbagai jabatan. 









Pada masa yang sama, kita juga telah menanam beberapa buah pokok. Ini adalah merupakan satu simbolik mencintai alam sekitar dan bumi. Ini adalah untuk memastikan bahawa inilah kawasan tempat kita bekerja yang mesti disejahterakan dan apabila ada lawatan, orang datang melihat inilah profesional yang ditunjukkan oleh syarikat kita. Kalau kita melihat Depoh Alam Flora Sg. Karang, Kuantan ini adalah merupakan tempat kita untuk mensejahterakan Depoh kita kerana disinilah punca rezeki syarikat Alam Flora dan juga punca rezeki warga Alam Flora. Dengan itu, saya ingin menasihati warga Alam Flora agar jagalah Depoh yang cantik dan tersusun ini agar ada konsep menjaga keselamatan, kesihatan dan juga menjadikan ia lebih sejahtera, cantik dan sedap mata memandang.


 YBhg. Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan sedang menanam pokok

 Memasang signage pada pokok yang ditananm oleh YBhg. Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan

   En Sahrani Bin Kasim sedang menanam pokok 
                                             

  En Nazar Bin Abdul Raof sedang menanam pokok

  En Darwishah Bin Osman sedang menanam pokok

Comments

Popular Posts