Khas untuk Warga kerja Alam Flora


Sememangnya membimbangkan saya jika keadaan cuaca ini membuatkan aset syarikat (pekerja saya) akan mendapat mudarat. Ekoran daripada kesan jerebu yang teruk ini memberikan kesan negatif kepada semua warga Alam Flora yang bekerja terutama di kawasan luar. Jika mereka sakit pasti ada hati yang terusik. 

Kesan jerebu yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu boleh mengakibatkan kegatalan dikerongkong dan batuk, terasa sukar untuk bernafas, mata teras pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, Kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Dapatkanlah rawatan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut:

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, sakit mata, sakit jantung, sakit mata atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah segera ke klinik dengan segera.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

4. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.

5. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

6. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan kurangkan aktiviti sukan di luar kawasan rumah.

7.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

8. Sentiasa gunakan kenderaan yang berhawa dingin.

9. Dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

10.Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Bersamalah kita berwaspada ketika cuaca berjerebu ini!

Comments

Popular Posts