SUMBANGAN BAHAN BACAAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH SG. DUA KARAK

Program Nature Camp 2015 buat kali ke-2 yang bertemakan ‘Surviving The Nature’ pada 23 hingga 25 November 2015 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh kesemua anak-anak pekerja Alam Flora. Yang menariknya aktiviti yang dijalankan melibatkan suasana alam semulajadi, bermanja dengan udara hutan dan beraktiviti di sana dengan permainan dan juga motivasi.

Salah satu daripada aktiviti program ini adalah membina Perpustakaan Mini di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Karak Pahang yang keseluruhannya terdiri daripada anak-anak orang Asli dari kawasan sekitar.

Untuk makluman, program ini akan melibatkan anak-anak warga kerja Alam Flora bersama pelajar-pelajar dan guru-guru di Sek. Keb.Sg. Dua, kami amat mengalu-alukan kepada warga kerja Alam Flora atau sesiapa diluar sana yang berkeinginan untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya sebuah buku bacaan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar-pelajar di Sek. Keb. Sg. Dua.

Sebarang pertanyaan pihak Tuan/Puan boleh hubungi saya ditalian 03-2052 7839. Bersamalah kita menyumbang...



Comments

Popular Posts