PROGRAM NATURE CAMP 2015 ALAM FLORA KEMBALI LAGI - 'SURVIVING THE NATURE'

BERITA BAIK UNTUK ANAK-ANAK ALAM FLORA SAHAJA!
Alam Flora dengan sukacitanya menjemput para remaja pada peringkat umur 12-17 tahun yang merupakan anak-anak kepada kakitangan Alam Flora untuk menyertai program “Nature Camp 2015” yang bertemakan “Surviving The Nature” pada 23-25 November (Isnin-Rabu) di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Karak Pahang dan Tanah Aina Fahad, Ulu Dong Raub Pahang.
PROGRAM NATURE CAMP 2015 MEMBENTUK GENERASI MASA HADAPAN
Program ‘Nature Camp 2015’ merupakan kesinambungan daripada program-program sebelum ini . Melalui program ini juga terdapat aktiviti membina dan menghias perpustakaan mini, membina taman botani , mengecat dan membersihkan kawasan surau dan juga kawasan sekolah. Dengan adanya aktiviti seumpama ini , adalah untuk membantu membentuk perwatakan anak-anak kakitangan Alam Flora yang lebih berkeyakinan, berdayamaju, prihatin dan menerapkan nilai-nilai kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar.
Penyertaan adalah PERCUMA yang meliputi peralatan pembelajaran, tempat tinggal, makan-minum, pengangkutan, sijil penyertaan, hadiah saguhati dan t-shirt program.
TEMPAT ADALAH TERHAD
Bagaimanapun tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar sahaja.
Keutamaan adalah untuk anak-anak dari Pekerja Alam Flora yang belum pernah menyertai mana-mana program anjuran Alam Flora.
Terbuka kepada anak-anak Pekerja Alam Flora bukan Eksekutif dan Eksukitif ke atas
Pemilihan dibuat berdasarkan keputusan pihak pengurusan
DAFTAR PADA / SEBELUM 12 November 2015
Kepada para kakitangan yang berminat untuk mendaftarkan anak masing-masing untuk menyertai program ini, sila emelkan maklumat seperti di bawah berserta borang ‘Medical Declaration Form’ yang dsediakan kepada, Puan Nor Azmira (nazmiram@alamflora.com.my) pada atau sebelum 12 November 2015.
1. Nama Anak :
2. Umur Anak :
3. No. kad pengenalan pelajar :
4. Nama dan no. pekerja ibu / bapa yang berkhidmat di Alam Flora :
5. No. telefon ibu / bapa pelajar :
6. Saiz T-Shirt :
Penyelia, Eksekutif Operasi Kawasan pejabat-pejabat Negeri diminta untuk membantu memaklumkan kepada kakitangan yang tidak mempunyai kemudahan emel.
HARAPAN
Diharapkan moga melalui program-program seumpama ini akan dapat membantu mewujudkan generasi masa hadapan yang cemerlang dari kalangan keluarga Alam Flora dalam mengenali dan menghargai kehidupan.
ALAM FLORA… MESTI! MESTI! MESTI!



Comments

Popular Posts