Alam Flora bersama Program Penajaan & Penanaman Pokok Buah-Buahan.

Jabatan Landskap dan Rekreasi DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR akan menganjurkan Program Penajaan & Penanaman Pokok Buah-Buahan oleh Syarikat Swasta, Korporat dan Pemaju. Alam Flora telah menaja 100 batang pokok durian untuk ditanam bagi menghijaukan bumi Malaysia. Program tersebut akan berlangsung pada;

29 November 2014 (Tempat berkumpul di Taman Metropolitan Batu, Kepong)
Tempat: Kolam Takungan Banjir Batu, Kepong
Masa  : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Pakaian: T-SHIRT Program (Diberikan) & Pakaian sukan

VVIP perasmian pada hari itu adalah YBhg Datuk Seri Haji Ahmad Phesal bin Haji Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Alam Flora Sdn Bhd akan menaja sebanyak 100 pokok buah durian pada hari tersebut.

Pihak jabatan komunikasi korporat akan menyediakan goodies bag yang berisi T-Shirt, Topi, Mineral water, Towel dan cenderahati ekslusif Alam Flora.

Sama-sama kita memeriahkan suasana di sana. Sambil menjaga kebersihan sambil kita memelihara suhu bumi Malaysia ini.

 

Comments

Popular Posts