PROGRAM NATURE CAMP 2014 MEMBENTUK GENERASI MASA HADAPAN YANG PRIHATIN TERHADAP ALAM SEKITAR


Salam Sejahtera,
Salam 1 Alam Flora,

Alam Flora dengan sukacitanya menjemput para remaja pada peringkat umur 13-17 tahun yang merupakan anak-anak kepada kakitangan Alam Flora untuk menyertai program “Nature Camp 2014” pada 8-10 Disember 2014 (Isnin-Rabu) di Tanah Aina Fahad, Raub Pahang.

 
PROGRAM NATURE CAMP 2014 MEMBENTUK GENERASI MASA HADAPAN

Program ‘Nature Camp 2014’ merupakan kesinambungan daripada program-program sebelum ini untuk membantu membentuk perwatakan anak-anak kakitangan Alam Flora yang lebih berkeyakinan, berdayamaju, prihatin dan memupuk nilai-nilai kesedaran tentang alam sekitar.

Penyertaan adalah PERCUMA yang meliputi peralatan pembelajaran, tempat tinggal, makan-minum, pengangkutan, sijil penyertaan, hadiah saguhati dan t-shirt program.
 

TEMPAT ADALAH TERHAD
  1. Bagaimanapun tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar sahaja.
  2. Keutamaan adalah untuk anak-anak dari pekerja bukan eksekutif.
  3. Anak-anak pekerja dari bahagian eksekutif dan ke atas akan diberikan pertimbangan jika masih ada kekosongan selepas tamat tarikh pendaftaran.

DAFTAR PADA / SEBELUM 27 November 2014
Kepada para kakitangan yang berminat untuk mendaftarkan anak masing-masing untuk menyertai program ini, sila emelkan maklumat seperti di bawah berserta borang ‘Medical Declaration Form’ yang dsediakan kepada, Puan Nor Azmira (nazmiram@alamflora.com.my) pada atau sebelum 27 November 2014.

1.    Nama Anak
2.    Umur
3.    No. kad pengenalan pelajar
4.    Nama dan no. pekerja ibu / bapa yang berkhidmat di Alam Flora
5.    No. telefon ibu / bapa pelajar

Penyelia, Eksekutif Operasi Kawasan pejabat-pejabat Negeri diminta untuk membantu memaklumkan kepada kakitangan yang tidak mempunyai kemudahan emel.

HARAPAN
Diharapkan moga melalui program-program seumpama ini akan dapat membantu mewujudkan generasi masa hadapan yang cemerlang dari kalangan keluarga Alam Flora dalam mengenali dan menghargai kehidupan.

ALAM FLORA… MESTI! MESTI! MESTI!

Comments

Popular Posts