Skip to main content

ALAM FLORA RAIH ANUGERAH KITAR SEMULA 2014 KEBANGSAAN.

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) diiktiraf sebagai syarikat swasta yang terlibat aktif dalam program kitar semula sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Arpah Abdul Razak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan di sini.

Menurut Mohd. Zain, Alam Flora telah mengutip hampir dua juta kilogram­ (kg) bahan kitar semula di tiga kawasan konsesinya iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pahang.

Jelasnya, jumlah tersebut dicatatkan sejak Januari hingga bulan lalu dan 90 peratus daripada jumlah kutipan tersebut adalah di ­Putrajaya.

“Bagi merealisasikan sasaran 20 peratus kadar kitar semula­ pada 2020, Alam Flora telah memperkenalkan tiga program utama iaitu program komuniti pelaksanaan aktiviti kitar semula di kawasan perumahan dan program wastewise yang direka untuk meningkatkan­ kadar kutipan balik di pejabat kerajaan dan swasta, hotel termasuk­ kawasan komersial­ dan program di sekolah.

“Program wastewise mencatatkan jumlah kutipan tertinggi iaitu 985,066 kilogram, diikuti program Pusat Kitar Semula Tetap di bawah program komuniti iaitu 557,417 kg dan kutipan di apartmen sebanyak 80,718­ kg,” katanya dalam satu kenyataan­ di sini, baru-baru ini.
Menurut Mohd. Zain, jenis bahan kitar semula yang paling ba­nyak dikutip adalah kertas iaitu sebanyak 86 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Ini diikuti dengan ­plastik, besi, minyak masak terpakai dan ­aluminium,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/…/alam-flora-raih-anugerah-kitar-s…
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) diiktiraf sebagai syarikat swasta yang terlibat aktif dalam program kitar semula sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.
Mohd. Zain Hassan
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Arpah Abdul Razak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan di sini.
Menurut Mohd. Zain, Alam Flora telah mengutip hampir dua juta kilogram­ (kg) bahan kitar semula di tiga kawasan konsesinya iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pahang.
Jelasnya, jumlah tersebut dicatatkan sejak Januari hingga bulan lalu dan 90 peratus daripada jumlah kutipan tersebut adalah di ­Putrajaya.
“Bagi merealisasikan sasaran 20 peratus kadar kitar semula­ pada 2020, Alam Flora telah memperkenalkan tiga program utama iaitu program komuniti pelaksanaan aktiviti kitar semula di kawasan perumahan dan program wastewise yang direka untuk meningkatkan­ kadar kutipan balik di pejabat kerajaan dan swasta, hotel termasuk­ kawasan komersial­ dan program di sekolah.
“Program wastewise mencatatkan jumlah kutipan tertinggi iaitu 985,066 kilogram, diikuti program Pusat Kitar Semula Tetap di bawah program komuniti iaitu 557,417 kg dan kutipan di apartmen sebanyak 80,718­ kg,” katanya dalam satu kenyataan­ di sini, baru-baru ini.
Menurut Mohd. Zain, jenis bahan kitar semula yang paling ba­nyak dikutip adalah kertas iaitu sebanyak 86 peratus daripada jumlah keseluruhan.
“Ini diikuti dengan ­plastik, besi, minyak masak terpakai dan ­aluminium,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/alam-flora-raih-anugerah-kitar-semula-1.29140#sthash.MQJwwNp7.dpuf

Comments

Popular Posts