ALAM FLORA DINOBATKAN SYARIKAT SWASTA PALING AKTIF MELAKSANAKAN AKTIVITI DAN KITAR SEMULA SEMPENA HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2014

SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA 2014
Bertemakan “Kitar Semula Tanggungjawab Bersama” sambutan Hari Kitar Semula pada tahun ini akan diadakan pada 15 November 2014 (Sabtu) bertempat di Taman Tasik Sri Serdang, Serdang Selangor.

Hari Kitar Semula Kebangsaan adalah merupakan acara anjuran Jabatan yang disambut pada 11 November setiap tahun. Tujuan utama penganjuran acara tahunan ini adalah sebagai acara kemuncak bagi program-program kesedaran kitar semula yang dianjurkan di seluruh negara disamping memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pihak dalam mengamalkan aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan ini telah mula diperkenalkan di negara ini bermula tahun 2000 bertempat di pasaraya Mid Valley, Kuala Lumpur dan masih lagi berterusan hingga kini.

Alam Flora sentiasa aktif dalam program Kitar Semula Ini. Banyak program kesedaran dan pendidikan telah dijalankan bagi memastikan masyarakat Malaysia terdedah dengan aktiviti ini. Esok 15.November 2014, bertempat di Tasik Sri Serdang, Alam Flora membuka Booth pameran dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi merancakkan sambutan tersebut. Jangan lepaskan peluang. Bersama-sama kita mengamalkan ktar semula…


Comments

Popular Posts